Tuesday 11 October 2011

Contoh Rancangan Harian Bahasa Malaysia Tahun 1

Tema : SATU MALAYSIA
Tajuk : Unit 18   Desa Saya Indah
Fokus Utama:
SK:4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
SP:4.1.1 menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Fokus Sampingan:
SK:5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul..
SP:5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks.
EMK : Kreativiti dan inovasi
Objektif : Pada akhir pengajaran murid-murid dapat :
1. Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
2. Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks.
Ativiti :
1. Bimbing murid membaca dan memahami seri kata lagu "Satu Malaysia".
2. Bimbing murid menyanyikan lagu tersebut mengikut melodi lagu "Anak Ayam" sambil melakukan aksi.
3. Minta murid menyebut perkataan yang mempunyai imbuhan awalan dan akhiran.
4. Membuat Buku Aktiviti. (m/s 12)
Nilai : Bertanggungjawab
Ilmu : Pendidikan kesihatan, Matematik
KBT : KB- Menjana idea
           KP-Muzik
Media : Buku Teks, Gambar, Buku Aktiviti
Tatabahasa : Imbuhan awalan(ber), imbuhan akhiran (-an dan -i)
Kosa Kata : berbilang, berusaha, bersama, harapan, menabung, desa, seruan
Impak :